Seo Services

Pesawat Twin Otter MASWings Tergelincir Di Mukah


MUKAH: Sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings tergelincir di landasan Lapangan Terbang Mukah, di sini, pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.20 pagi sejurus pesawat itu mendarat di lapangan terbang berkenaan dari setibanya dari Miri.

Dalam kejadian itu, tayar belakang kiri pesawat dilaporkan pecah dan kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan oleh petugas penyelenggaraan MASwings.

Difahamkan, kedua-dua juruterbang bersama lapan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.-Sarawakiana
Pesawat Twin Otter MASWings Tergelincir Di Mukah Pesawat Twin Otter MASWings Tergelincir Di Mukah Reviewed by Unknown on October 26, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Tayar pancit selepas mendarat? Semua selamat?
    Alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.