Seo Services

Tatau Di Sarawak, Dilanda Ribut


MIRI: Bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi daerah Tatau, Bintulu hampir lumpuh berikutan kejadian ribut yang menjejaskan lebih 800 penduduk dalam kejadian berlaku pada awal pagi ini.

Pegawai Daerah Tatau, Nyurak Keti berkata, jumlah itu adalah anggaran bagi penduduk yang tinggal di kawasan pekan serta kampung dan tidak membabitkan penduduk rumah panjang kawasan pedalaman kerana jumlah sebenar mangsa belum terjejas sedang dikenal pasti.

"Ribut bermula pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi menyebabkan bekalan elektrik terputus membabitkankan sekolah, pejabat kerajaan dan kedai sehingga sekarang.

"Sarawak Energy Berhad (SEB) telah cuba untuk mengembalikan bekalan elektrik pada pukul 7 malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Sehingga sekarang kami masih berkerja tanpa eletrik, nak hantar laporan pun susah dan kalau terpaksa menggunakan telefon biasa kerana telefon mudah alih masih kurang jelas," katanya.

Bernama difahamkan antara kawasan yang teruk dilanda ialah Kampung Dagang, Pekan Tatau membabitkan anggaran lebih 40 buah rumah, 20 buah bangunan kedai dan 16 kuarter kediaman anggota polis.

"Ribut terlalu kuat sehingga ada sebuah peti ais diterbangkan mujur tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini," katanya.

Nyurak berkata, talian telekomunikasi membabitkan panggilan menggunakan telefon mudah alih Celcom, Digi dan Maxis mengalami gangguan akibat ribut tersebut.

"Setakat ini majoriti penduduk memerlukan bantuan atap bagi menggantikan atap yang terbang dan untuk sesiapa yang hendak menyalur bantuan boleh menghubungi talian bilik operasi 24 jam iaitu 086-584617.

Nyurak berkata, ribut itu adalah yang pertama serta terburuk pernah berlaku di Tatau sehingga menyebabkan hampir satu pekan tersebut terjejas dengan atap terbang serta atap dan bangunan Masjid Darul Ibadah musnah.

Daerah Tatau letaknya 60 kilometer atau 45 minit menggunakan jalan darat dari bandar Bintulu. - BERNAMA

Tatau Di Sarawak, Dilanda Ribut Tatau Di Sarawak, Dilanda Ribut Reviewed by uMieySurianie on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.