Seo Services

Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk


PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang membuat siasatan terperinci mengenai kejadian rokok elektronik yang terbakar dalam pesawat Malindo Air OD1003 pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan berdasarkan kepada “Technical Instructions for the Safe Transport of Dangerous Goods by Air” (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), penumpang dan kru penerbangan dilarang daripada membawa ‘battery powered portable electronic smoking devices’, termasuk rokok elektronik, dalam bagasi daftar masuk.

Beliau berkata, penumpang dan kru juga dilarang mengecas peralatan berkenaan di dalam kabin penerbangan. “Bateri hendaklah dipisahkan daripada ‘battery-powered portable electronic smoking devices’ dan bateri itu hendaklah disimpan dalam bekas penyimpanan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Katanya, larangan berkenaan hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, kru dan penumpang supaya insiden itu tidak berulang pada masa depan. – BH
Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk Reviewed by uMieySurianie on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.