Seo Services

Indonesia Kerah 3 Kapal Perang Tangani Jerebu


JAKARTA: Indonesia menghantar tiga kapal perang, manakala selebihnya dalam keadaan siap sedia bagi mengagihkan topeng muka, khemah dan bekalan perubatan kepada ribuan penduduk yang terjejas akibat jerebu, kata pegawai tempatan, hari ini.

Hampir dua bulan bencana jerebu, beribu kebakaran dilaporkan akibat aktiviti pertanian di Indonesia yang turut merebak ke Asia Tenggara sehingga memaksa sekolah ditutup dan sektor penerbangan dan beberapa acara antarabangsa dibatalkan.

Tiga kapal perang tiba di Kalimantan - wilayah paling teruk terjejas - membawa kakitangan perubatan, tempat perlindungan, dapur memasak dan topeng muka.

Jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman, berkata rancangan awal untuk membina tempat perlindungan sementara dengan pembersih udara dan tempat tidur jauh dari bandar yang dilanda jerebu. Kapal perang berkenaan juga boleh bertindak sebagai pusat pemindahan sekiranya diperlukan.

"Kapal perang kami bersedia untuk memindahkan penduduk sama ada ke lokasi pemindahan sementara atau di atas kapal ini.

Kami bersedia untuk itu. "Kumpulan pertama yang akan dipindahkan adalah kanak-kanak dan mereka yang menghidap penyakit pernafasan kronik," katanya.

Tiga lagi kapal sudah dilengkapkan dan bersedia berlayar ke Kalimantan atau Sumatera Selatan, manakala lima lagi bersedia untuk digunakan jika perlu, katanya.

Kerajaan Indonesia sudah menggerakkan 30 pesawat untuk membantu memadam kebakaran dan melakukan pembenihan awan, dengan 22,000 anggota tentera berada di kawasan hutan untuk memadam kebakaran.

Bencana jerebu kali ini disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa dekad di rantau ini. - AFP

Indonesia Kerah 3 Kapal Perang Tangani Jerebu Indonesia Kerah 3 Kapal Perang Tangani Jerebu Reviewed by uMieySurianie on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.