Seo Services

Sarawak Belum Bersedia Eksport Tenaga Hidro Ke Semenanjung Malaysia


BELAGA: Sarawak belum bersedia mengeksport tenaga hidro ke Semenanjung Malaysia buat masa ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Torstein Dale Sjoveit.

Beliau berkata ini kerana syarikat memerlukan kesemua tenaga hidro dan tenaga arang batu yang dijana untuk pembangunan negeri berkenaan.

"Kami, telah menandatangani misalnya 14 perjanjian memberi komitmen membekalkan tenaga untuk industri berat, termasuk di Taman Perindustrian Similaju di Bintulu yang merupakan sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama merasmikan Festival Murum Penan 2015 di Penempatan semula Tegulang Penan di Long Wat dekat sini Isnin.

Turut bersama-sama merasmikan acara berkenaan ialah Menteri Muda Kerajaan Tempatan Luar dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan Datuk John Sikie Tayai serta Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Negeri Liwan Lagang.- BERNAMA

Sarawak Belum Bersedia Eksport Tenaga Hidro Ke Semenanjung Malaysia Sarawak Belum Bersedia Eksport Tenaga Hidro Ke Semenanjung Malaysia Reviewed by Unknown on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.