Seo Services

Ditahan Gara-gara Nombor Plat Motosikal Berbeza


SIBU: Polis menahan seorang lelaki selepas curiga dengan dua nombor plat pendaftaran berlainan (di depan dan belakang) sebuah motosikal ditunggangi suspek di sini petang semalam.

Suspek berumur 30 tahun itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu pada jam 3.30 petang untuk tujuan dokumentasi dan siasatan.

Siasatan lanjut polis mendapati tiada laporan kehilangan motosikal selepas melakukan pemeriksaan nombor asal motosikal berkenaan.

Polis kemudian mendapati satu huruf nombor tertanggal daripada satu plat motosikal berkenaan.

Sehubungan ini, penunggang motosikal dinasihati agar sentiasa memeriksa keadaan motosikal mereka sebelum menggunakannya.

Sementara itu, seorang lelaki warga Indonesia yang berjalan-jalan secara mencurigakan ditahan di Jalan Lebuh Tinggi di sini jam 1.50 petang semalam.

Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berumur 28 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Suspek berbangsa Bugis kemudian ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(C)6 Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tindakan lanjut.-UB
Ditahan Gara-gara Nombor Plat Motosikal Berbeza Ditahan Gara-gara Nombor Plat Motosikal Berbeza Reviewed by Unknown on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.