Seo Services

Polis Sri Aman Mohon Kerjasama Kesan Lima Individu



SRI AMAN: Polis Sri Aman meminta kerjasama daripada orang ramai bagi mengesan lima individu yang dikehendaki bagi tujuan siasatan kes narkotik di sini.

Tiga penama pertama ialah Ezekial Baring Phua, 24, dari Kampung Abok Bakar, Pantu, Jimmy Carter, 28, dari Kampung Long Sebulu, Lawas dan Wilson Intai Michael, 23, dari Jalan RTM Sri Aman.

Manakala dua lagi ialah Awang Hipni Awang Raili, 39, dari Kampung Hilir, Sri Aman dan Hward Ferguson Lee Nyaring, 22, dari Jalan Serindit 5 Taman Scientix, Pasir Gudang, Johor (penama dipercayai sedang berada di Sarawak pada masa sekarang).

"Pihak kami meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai kedudukan terakhir kesemua lima orang penama ini bagi membantu siasatan kes narkotik oleh IPD Sri Aman.

"Justeru jika orang ramai mengetahui kedudukan terkini keduadua penama terbabit sila hubungi balai polis yang berdekatan dengan penempatan masing-masing," kata kenyataan media pihak polis semalam.

Mereka juga boleh menghubungi ASP Abdul Aziz Abdullah ditalian 083-323166 atau 0128051082, Inspektor Bill Azman Sunjar (083-322044 atau 0139006799) atau Inspektor Mohd Azlan Abdullah Abdul Hei 083-322044 atau 0122608314 jika mengesan penama terbabit.-UtusanSarawak
Polis Sri Aman Mohon Kerjasama Kesan Lima Individu Polis Sri Aman Mohon Kerjasama Kesan Lima Individu Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.