SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri dikekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Menteri juga Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perkara ini ketika merasmikan Festival Lingga di sini semalam.
Adenan yakin dengan kemampuan Simoi dan mempercayai kerusi Lingga akan terus menjadi milik BN pada PRN nanti.
“Saya tidak bimbang meletakkan calon wanita di Lingga kerana saya yakin kemampuan Simoi yang bukan sahaja bijak malah cantik orangnya.
“Tetapi, beliau perlu kerja dengan lebih gigih lagi dan jangan terlalu selesa dengan keadaan ketika ini,” katanya.
Pada majlis itu Adenan sekali lagi meminta rakyat untuk memberi mandat kepadanya terus memimpin negeri ini untuk tempoh lima tahun lagi.
Jika dalam tempoh setahun, beliau banyak membawa perubahan kepada negeri ini dan Adenan yakin banyak perubahan dinikmati rakyat jika diberi lima tahun lagi.
Sementara itu Simoi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan penyandang dua penggal bagi kerusi Lingga sejak 2006.
Pada PRN 2011, Simoi menang dengan majoriti 2,506 undi menewaskan calon PKR Abang Ahmad Arabi Abg Bolhassan dan calon SNAP Abang Othman Abang Gom.
Sebelum itu pada PRN 2006, Simoi menewaskan calon PKR Abang Othman Abang Gom dengan 3,245 undi. - UB
Adenan Umum Simoi Kekal Di Kerusi Lingga
Reviewed by uMieySurianie
on
November 08, 2015
Rating:
No comments: