Seo Services

Jambatan Batang Sadong Bakal Saksikan Kerancakan Aktiviti Jana Ekonomi


SIMUNJAN: Jambatan Batang Sadong yang ditunggu-tunggu dan kini hampir 85% siap, bakal menyaksikan kerancakan aktiviti yang berpotensi menjana ekonomi penduduk setempat kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri.

“Oleh yang demikian, bersiap sedialah mulai dari sekarang untuk meneroka potensi ekonomi yang boleh memanfaatkan semua masyarakat di sini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata kedudukan kawasan Batang Sadong yang hampir dengan Bandar Kuching membolehkan ianya berpotensi menjadi pusat pengeluar dan pembekal bahan makanan yang utama.

“Untuk makluman semua, kita sudahpun mempunyai Pelan Kerangka Kerja Pembangunan Sosio-Ekonomi Batang Sadong yang melibatkan semua agensi berkaitan sedang dibuat,” jelasnyanya.

Menurutnya, antara produk yang berpotensi telah dikenalpasti ialah menjadikan Simunjan sebagai ‘Pekan Herba’ atau ‘Herbal Town’ di mana kawasan ini masih mempunyai tanah yang subur dan kaya dengan hasil hutan dan mempunyai biodiversiti yang tinggi.

Beliau juga menjelaskan bahawa tanaman kontan atau “cash crop” seperti sayur-sayuran dan juga tanaman lain seperti kelapa, padi biris, labu, jagung manis, keladi, ubi kayu, pisang kepok, tanduk dan cavendish serta pelbagai tanaman lain masih mempunyai permintaan dan nilai yang tinggi di pasaran.

“Dengan penganjuran program seperti ini juga, telah membuka banyak peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat tempatan,” katanya. – Sarawakiana
Jambatan Batang Sadong Bakal Saksikan Kerancakan Aktiviti Jana Ekonomi Jambatan Batang Sadong Bakal Saksikan Kerancakan Aktiviti Jana Ekonomi Reviewed by uMieySurianie on November 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.