SIMUNJAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri mencadangakan agar Pesta Simunjan akan dijadikan sebagai acara tahunan dan Regatta Batang Sadong pula diadakan secara dwi tahunan atau dua tahun sekali.
“Ini akan menjadi sesuatu aktiviti yang ditunggu-tunggu dan ianya juga bakal menyaksikan Simunjan sebagai salah satu lagi destinasi pelancongan domestik yang terkemuka di Sarawak kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Pesta Simunjan 2015 Dan Regatta Batang Sadong di Tebingan Batang Sadong, Simunjan semalam.
“Penganjuran Pesta Simunjan bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya sambil menambah ia juga bukan sahaja memerlukan dana yang besar tetapi juga komitmen serta kerjasama semua pihak.
Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong turut berkata konsep dan pengisian Pesta Simunjan pada tahun ini mungkin tidak jauh bezanya dengan pesta-pesta lain yang ada di seluruh Negeri Sarawak.
“Oleh itu, saya mengharapkan agar Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Induk Pesta Simunjan dapat menghasilkan idea-idea baru agar sesuatu aktiviti, produk dan pengisian Pesta Simunjan mempunyai sesuatu keunikan yang boleh kita banggakan dan promosikan suatu hari kelak,” katanya.
Beliau juga berharap agar Pesta Simunjan dan juga Regatta Batang Sadong akan terus menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengasah kepimpinan mereka atas keterlibatan mereka dalam penganjuran acara sebesar ini di Simunjan. – Sarawakiana
Nancy Cadang Pesta Simunjan Sebagai Acara Tahunan
Reviewed by uMieySurianie
on
November 08, 2015
Rating:
No comments: