Seo Services

Amman Bagai Gelanggang Sendiri Palestin [VIDEO]


BERAKSI di gelanggang berkecuali tidak memberi kelebihan buat Harimau Malaya apabila Stadium Antarabangsa Amman di Jordan yang bakal digunakan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 ibarat gelanggang sendiri buat Palestin.

Hampir 10,000 penyokong Palestin memenuhi stadium itu apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Arab Saudi dalam aksi Kumpulan A semalam yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 0-0.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yang sempat menyaksikan perlawanan itu mengakui Palestin yang bakal mereka temui dalam aksi keenam kumpulan, Khamis ini nampak serasi bermain di stadium itu.

"Daripada apa yang kita lihat di stadium, kebanyakan penyokong adalah Palestin berbanding Arab Saudi. Bagaimanapun saya percaya dengan pengalaman pemain kita mampu mengawal tekanan penyokong Palestin nanti," katanya.

Palestin terpaksa beraksi di Amman selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini mengesahkan Stadium Dura di Hebron tidak selamat digunakan.

Keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan Arab Saudi kekal di tangga teratas kumpulan dengan 13 mata, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) 7 mata, Palestin di tempat ketiga (6 mata), Malaysia di tempat keempat (4 mata) dan Timor Leste tercorot (2 mata). -metro

Amman Bagai Gelanggang Sendiri Palestin [VIDEO] Amman Bagai Gelanggang Sendiri Palestin [VIDEO] Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.