KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak, Anih Berhad akan meneruskan aktiviti pemantauan berkala terhadap semua cerun di lebuh raya itu untuk memastikan struktur tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik berikutan kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 kelmarin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Anih Berhad berkata, siasatan terhadap punca kejadian masih dijalankan dan tindakan pencegahan akan segera diambil bagi mengelak insiden yang sama berulang.
"Walaubagaimanapun, langkah-langkah pencegahan mungkin memerlukan kerjasama dari agensi berwajib yang lain," katanya. - K! ONLINE
Banjir Lumpur: Anih Berhad Pantau Semua Cerun Lebuh Raya
Reviewed by Admin
on
November 13, 2015
Rating:
No comments: