Seo Services

Belum Tiba Masanya Untuk Dedah Wajah Anak


“Tiada unsur eksklusif kerana dia terlalu muda untuk didedahkan kepada umum, bila tiba waktu yang sesuai saya akan memperkenalkannya. Apa sahaja perkara yang saya buat, kami akan berbincang terlebih dahulu,” jelas Lisa Surihani di Rotikaya.

Lisa juga berkata pendirian bersama dengan suaminya itu disebabkan tidak mahu gambar dan privasi anaknya akan disalahguna oleh pihak tertentu.

“Biar dia besar dahulu dan buka akaun sendiri itupun terpulang padanya untuk membuka akaun di media sosial atau pun tidak. Lagipun sekiranya didedahkan dengan gambar yang di post di media sosial akan di salah gunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi tunggu dia besar dan terpulang padanya untuk ada atau pun tidak akaun di media sosial ini,” katanya yang turut bimbang mengenai gejala sosial yang berlaku disebabkan penyebaran gambar di laman media sosial.


Belum Tiba Masanya Untuk Dedah Wajah Anak Belum Tiba Masanya Untuk Dedah Wajah Anak Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.