Seo Services

Pegawai Polis Transgender Pertama Dilantik Di India


TAMIL NADU : Salah sebuah wilayah di India, Tamil Nadu telah sah melantik seorang pegawai polis transgender pertama di negara ini selepas mahkamah tempatan memberikan kebenaran untuk melakukan lantikan itu.

K Prithika Yashini, yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi menjalani pembedahan menukar jantina, memohon untuk menjadi pegawai polis berpangkat sub-inspektor di negeri bahagian selatan India, lapor BBC.

Tetapi, permohonan tersebut dihalang berikutan lembaga polis negeri tidak mengiktiraf jantina ketiga, yang sekaligus membawanya untuk meneruskan kes undang-undang terhadap untuk mendapatkan pengiktirafan.

Berikutan itu, kini sebuah mahkamah di Chennai (Madras) telah membuat keputusan yang memihak kepadanya, menjadikannya sebagai pegawai transgender pertama di India yang dilantik.

“Saya sangat teruja,” Prithika dipetik sebagai berkata oleh rangkaian NDTV India. “Ia adalah satu permulaan baru bagi masyarakat transgender secara keseluruhannya.”

Keputusan daripada hakim di Mahkamah Tinggi Chennai berkata: “Kesan sosial terhadap pengambilan itu tidak boleh dipandang ringan, kerana ia akan memberi harapan baru kepada kes transgender.

Mahkamah Agung India telah mengiktiraf golongan transgender sebagai jantina ketiga April lalu, lima tahun selepas suruhanjaya pilihan raya menambah kategori tersebut dalam borang pengundian.

Keputusan ini bermakna kerajaan perlu menyediakan golongan transgender dengan kuota dalam pekerjaan dan pendidikan selaras dengan kaum minoriti lain, serta kemudahan-kemudahan utama.

Terdapat kira-kira dua juta orang transgender di India.

- BBC
Pegawai Polis Transgender Pertama Dilantik Di India Pegawai Polis Transgender Pertama Dilantik Di India Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.