Seo Services

Bermula Dengan Jualan Mee Goreng 50 sen


KUCHING: Bermula dengan jualan Mee Goreng RM0.50 sepinggan, siapa sangka Warung Hasmida yang kini menjadi bualan ramai terutama warga Sarawak sejak tujuh tahun lepas, sebenarnya telah beroperasi lebih 20 tahun.


Menurut Ida 37 tahun, anak kepada Puan Hasmida ketika di temubual Sarawakiana menceritakan detik-detik mula mereka berniaga secara kecil-kecilan dan fokus utama pelanggan mereka hanyalah kepada pelajar sekolah yang berdekatan.

“Kami pada mulanya hanya berniaga kepada pelajar sekolah dan meletakkan harga Mee goreng RM0.50, Sosej RM 0.50, Tulang ayam RM1 tiga ketul dan air RM 0.50,” katanya.

Kini, setelah lebih 20 tahun beroperasi Warung Hasmida tetap bertahan, malah bertambah maju meskipun dengan harga yang 'luar biasa'.

Antara Juadah yang popular ialah Mee laksa dengan harga RM2, Mee goreng (RM1), Mee sup (RM1.50), Nasi Ayam (RM2) dan Nasi ayam kari (RM2).

Sarawakiana dimaklumkan tumpuan pelanggan di Warung Hasmida adalah Mee Jawa yang berharga hanya RM1.50 sepinggan.

Dengan harga yang luar biasa ini, Warung Hasmida kini sering dikunjungi orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya para penjawat awam dan pekerja swasta.

Mempunyai lima orang pekerja, Ida berkata pekerja sentiasa kelihatan sibuk setiap hari setelah warung dibuka bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang.

“Seringkali makanan yang dijual habis lebih awal sebelum jam 2 petang,” Ujarnya.

Apa yang menarik perhatian Sarawakiana, juadah yang disediakan dan dihidangkan kepada pelanggan adalah hasil air tangan Puan Hasmidah sendiri serta dibantu oleh anak-anaknya bagi membantunya di dapur.

Ida berkata Warung Hasmida yang diusahakan ibunya Puan Hasmidah 56 tahun, sejak sekian lama mengamalkan prinsip berniaga sambil bersedekah dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

“Selain itu, Ibu saya berniaga adalah kerana minatnya yang suka memasak,” tambahnya.


Menurut Jobli Suhaili 54 tahun, yang berkhidmat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan pelanggan tetap di warung ini, harga yang diletakan berbaloi dengan rasa yang di hidangkan.

“Saya suka dengan layanan pekerja di sini yang begitu ramah serta perkhidmatan yang cepat dan tidak membuat pelanggan tertunggu-tunggu walaupun ramai pengungjung,” katanya.

Manakala bagi Bohari Haji Hassan 58 tahun berpendapat, warung ini sangat bersesuaian dengan cita rasa beliau.

“Dengan harga yang ditawarkan diwarung ini, saya hanya berbekalkan wang RM5 ringgit sahaja untuk menikmati makanan serta minuman di sini,” tambahnya.

Bagi pembaca Sarawakiana, Warung Hasmida  yang 'luar biasa' ini mempunyai menu istimewa yang hanya boleh didapati pada setiap hari Sabtu iaitu Laksa Penang dan Mee Belacan.

Silalah berkunjung ke  Warung Hasmidah di Jalan Lumba Kuda bagi menikmati sendiri juadah yang disediakan . – Sarawakiana





Bermula Dengan Jualan Mee Goreng 50 sen Bermula Dengan Jualan Mee Goreng 50 sen Reviewed by uMieySurianie on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.