Seo Services

Dua Penyamun Maut Tidak Jauh Daripada Lokasi Jenayah.


JOHOR BAHRU - Dua suspek samun bersenjatakan parang maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pikap Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuning di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah malam itu, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 28 dan 34 tahun kempunan menikmati hasil samun apabila mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kedua-dua suspek disyaki baru melakukan samun ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian maut itu.

“Kedua-dua mereka sebelum itu disyaki menyamun beg sandang mangsa sejurus lelaki itu keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish untuk membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Abiad di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
-
Dua Penyamun Maut Tidak Jauh Daripada Lokasi Jenayah. Dua Penyamun Maut Tidak Jauh Daripada Lokasi Jenayah. Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.