Seo Services

Lelaki Maut Troli Pasaraya Berlanggar


SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki warga Sweden maut sementara seorang lagi cedera parah selepas troli pasaraya yang dinaiki mereka melanggar sebuah kereta di sini.

Polis berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 28 tahun menaiki troli berkenaan menuruni kawasan berbukit di kawasan pinggir bandar Randwick pada tengah malam apabila dilanggar sebuah kereta.

Mangsa yang baru tiba di bandar itu kini sedang dirawat di hospital dan berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

"Kelajuan troli berkenaan mencecah 80km sejam. Kedua lelaki yang berada di dalam troli tercampak keluar.

"Malangya seperti yang kita ketahui bagaimana sukar untuk mengawal troli pasaraya, pemandu kereta berusia 45 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serta bebas dari pengaruh dadah dan alkohol," kata Detektif Superitendan, Gavin Dengate memberitahu media tempatan yang dipetik BBC -SH
Lelaki Maut Troli Pasaraya Berlanggar Lelaki Maut Troli Pasaraya Berlanggar Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.