Seo Services

Keputusan UPSR Diumum 17 November


PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa (17 November).

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 November.


Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888.

Sejumlah 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara. - Bernama
Keputusan UPSR Diumum 17 November Keputusan UPSR Diumum 17 November Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.