CHILE - Gempa bumi berukuran 6.6 Skala Ritcher melanda luar pantai Chile hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu pada mulanya dilaporkan berkekuatan 6.8 magnitud iaitu di kedalaman cetek, 23.6 batu (38 kilometer) di bawah dasar laut.
Pusat gempa adalah di 67 batu (108 km) di barat laut Coquimbo.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami. - REUTERS
Gempa bumi melanda Chile lagi
Reviewed by Admin
on
November 11, 2015
Rating:
No comments: