KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) membuat saranan 'beli' ke atas pengeluar wayar dan kabel tenaga, Sarawak Cable Bhd, susulan pengambilalihan oleh syarikat itu baru-baru ini selain nilai perolehan yang besar.
"Sarawak Cable muncul sebagai pengeluar kabel terbesar di Malaysia, selepas mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Universal Cable (Sarawak) dan Leader Cable Industry Bhd.
"Kedua-duanya mempunyai perolehan lima kali lebih besar daripada sayrikat itu dan mampu meningkatkan kapasiti sebanyak empat hingga lima kali.
"Selain itu, bahagian pembinaan Sarawak Cable memiliki nilai perolehan sebanyak RM1.2 bilion atau nisbah liputan 8.1 kali," kata bank pelaburan itu hari ini.
Ia berkata, Sarawak Cable kini membida bekalan kabel dan talian penghantaran 275 kV untuk pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, dan berharap memperoleh projek lain di semenanjung.
HLIB berkata, pilihan raya Negeri Sarawak yang menjelang tiba juga boleh menjadi pendorong, dan menetapkan harga sasaran pada RM2.57 ke atas syarikat (peningkatan +51 peratus). Pada 10.50 pagi, Sarawak Cable susut empat sen kepada RM1.66, dengan 1.27 juta saham bertukar tangan. - BERNAMA
Sarawak Cable, Beli 'Saham' Susulan Pengambilan, Nilai Perolehan Tinggi
Reviewed by uMieySurianie
on
November 11, 2015
Rating:
No comments: