Seo Services

MAB Akan Berhentikan Pekerja Yang 'Gemuk'?


Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menghentikan segera diskriminasi terhadap anak-anak kapal yang mempunyai masalah lebihan berat badan.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan nasional itu mengeluarkan kenyataan kepada anak-anak kapalnya supaya menguruskan badan sekiranya mahu terus berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Ini telah membuatkan para pekerja syarikat berkenaan tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan MAB. Menurut NUFAM, kakitangan yang mempunyai masalah berat badan akan dirujuk kepada jabatan sumber manusia sekiranya gagal menurunkan berat badan mereka.

“Sekiranya MAB masih terus mengeluarkan kenyataan yang mendiskriminasi kakitangan yang mempunyai berat badan berlebihan, orang ramai perlu tahu bagaimana mereka melayan pekerja-pekerja mereka.

"MAB mempunyai pengurus dan pekerja yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi mengapa mereka mendiskriminasi anak-anak kapal sahaja? Sekiranya MAB menafikan hak ini, ia membuktikan syarikat tersebut adalah tidak sensitif kepada orang gemuk dan obes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

NUFAM mencadangkan supaya program pengurusan berat badan perlu dilakukan namun sekiranya kakitangan berkenaan gagal menurunkan berat badan mereka, pihak pengurusan tidak berhak untuk melaksanakan peraturan terlalu ketat seperti memberhentikan pekerja.


sumber
MAB Akan Berhentikan Pekerja Yang 'Gemuk'? MAB Akan Berhentikan Pekerja Yang 'Gemuk'? Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.