Mungkin ini boleh disifatkan sebagai pembalasan yang paling indah kepada mereka yang curang terhadap pasangannya.
Tahukah anda bahawa di Amerika Syarikat anda boleh menghantar najis haiwan sebagai hadiah kepada pasangan yang telah menyakiti hati anda?
Buktinya, itulah yang dilakukan oleh seorang penulis bebas, Amanda Chatel, 35, dari New York apabila bertindak ‘kreatif’ dengan menghantar puluhan kotak najis kuda kepada suaminya akibat curang bersama seorang gadis berusia 20 tahun.
Tidak hanya bertindak curang, Amanda turut dikejutkan apabila gadis simpanan suaminya itu yang juga merupakan seorang pemuzik dari Perancis bertindak menghantar puisi kepadanya yang mengambarkan betapa dahsyatnya Amanda sebagai penghancur hati suaminya.
Berang dengan tindakan suami dan gadis muda itu, Amanda kemudian membuat carian di Google untuk menghantar ‘sesuatu’ yang istimewa kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Perancis.
Memetik laporan Daily Mail Amanda menemui sebuah laman sesawang yang dikenali sebagai S***express, iaitu laman web yang membantu merosakkan hari seseorang dengan penghantaran najis di depan pintu rumah mereka.
Susulan itu, Amanda menempah kotak-kotak kecil yang mengandungi najis kuda untuk dihantar ke rumah suaminya.
“Sebelum saya membuat keputusan untuk melakukan carian di Google, saya terfikir sejenak untuk membungkus najis saya sendiri.. Ya, saya tahu orang akan kata saya gila, tapi biarkanlah!
“Suami anda curang kepada anda. Kemudian anda terima sebuah puisi daripada teman wanitanya yang berusia 20-an dan barulah anda faham,” kata Amanda dipetik portal tersebut.
Difahamkan, pasangan tersebut bagaimanapun telah bercerai pada Oktober lalu. - sumber
Isteri Hantar Najis Kuda Kepada Suami Curang
Reviewed by Unknown
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: