Seo Services

Jangan Terperangkap Dengan 'Scam Call'


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan balas ke nombor tidak dikenali dari Malawi bagi mengelakkan kerugian.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata,mangsa yang membuat panggilan balas ke nombor +265882615012 dan +265882615017 akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.

Dalam satu kenyataan Asmawati berkata, semakan PDRM terhadap panggilan 'missed call' dari nombor berkenaan mendapati ia dibuat dari Malawi, bertujuan memerangkap penerima panggilan.

"Ia diklasifikasikan sebagai 'Harrasment Call Terror' atau 'Scam Call' oleh beberapa laman sesawang antarabangsa," katanya.

Menurut maklumat dari applikasi whatsapp panggilan ke Malawi dikenakan caj tinggi hingga USD150.

--BERNAMA
Jangan Terperangkap Dengan 'Scam Call' Jangan Terperangkap Dengan 'Scam Call' Reviewed by Unknown on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.