Seo Services

Kerja Pembersihan Tanah Runtuh Lebuh Raya Karak Selesai Awal Pagi Tadi

Foto : BERNAMA

KUANTAN – Kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai pada pukul 3.20 pagi tadi.

Pemegang konsesi lebuhraya itu, Anih Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menambah setakat ini, hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentong yang dibenarkan melalui lebuh raya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.

“Pengguna jalan raya dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.

“Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan. – BERNAMA
Kerja Pembersihan Tanah Runtuh Lebuh Raya Karak Selesai Awal Pagi Tadi Kerja Pembersihan Tanah Runtuh Lebuh Raya Karak Selesai Awal Pagi Tadi Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.