Seo Services

Keunikkan 'Seraong Melanau'


Seraong Melanau salah satu kraftangan melanau yang begitu popular di Sarawak. Seraong atau terendak ialah sejenis topi yang dianyam begitu unik sekali bagi melindungi daripada bahang panas matahari.

Seraong Mato mempamerkan keindahan anyaman yang kreatif serta mempunyai berbagai warna yang menarik. Seraong diperbuat daripada dahan rumbia atau buluh yang mudah didapati di kawasan penduduk kaum melanau.

Proses menghasilkan seraong bukan begitu mudah. Seraong terdiri daripada dua jenis iaitu seraong halus dan seraong kudi. Seraong halus memiliki anyaman yang begitu halus manakala seraong kudi mempunyai corak yang mudah dan kasar.

Untuk menghasilkan sebuah seraong, ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Daripada membuat bingkai berbentuk kon sehingga ke proses anyaman. Sebelum membuat seraong, bahan seperti dahan rumbia perlu disediakan terlebih dahulu. Kulit dahan rumbia yang di bahagian luar perlu dikupas terlebih dahulu untuk mendapat kulit di bahagian dalam.

Kulit tersebut akan dijemur sehingga ia benar-benar kering. Sementara itu batang buluh yang hendak dianyam akan dipotong dan diraut nipis. Kemudian akan dijemur sehingga ia menjadi warna kekuningan. Apabila kering, buluh yang dijemur tadi akan dimasak dengan warna yang dikehendaki dan akan dijemur semula sehingga ia kering dan warna tidak luntur.

Setelah kesemua proses tersebut sudah dilakukan, maka proses menganyam pula dilakukan sehingga ia menjadi sebuah seraong. Lukisan di luar akan dilakukan mengikut citarasa pembuat seraong. Yang paling rumit ialah proses menganyam manik-manik halis di permukaan seraong.

Seraong pada masa kini terdapat dua jenis untuk pasaran. Yang halus atau kecil sering dijual sebagai cenderahati. Manakala seraong kasar atau besar untuk kegunaan pekebun atau peladang serta dijadikan perhiasan di rumah.

Di Sarawak banyak bangunan-bangunan berkonsepkan seraong di mana terdapat reka bentuk bangunan penting di Sarawak berbentuk seraong. Memang fungsi dan peranan seraong di Sarawak tidak dapat dipertikaikan. Dari hasil kraftangan sehingga menjadi bahan inspirasi arkitek-arkitek Sarawak membina bangunan berteraskan konsep seraong. - Sarawakiana
Keunikkan 'Seraong Melanau' Keunikkan 'Seraong Melanau' Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.