Seo Services

Warga SKMM Diseru 100 Peratus Berintegriti


KUCHING: Pihak yang berkepentingan serta warga Suruhanjaya Komunuikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diseru agar 100 peratus berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi.

"Ia penting kerana dengan integriti dan keutuhan peribadi boleh menjamin keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan seterusnya mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," kata ketua Sektor Perkhidmatan Korporat SKMM Tengku Zaib Raja Ahmad.

Katanya, integriti merupakan sifat dalaman seseorang dari segi kejujuran, ketelusan, kemuliaan serta amanah dalam melaksanakan tugas seharian.

"Oleh itu, seseorang haruslah 100 peratus berintegriti ketika melaksanakan atau menjalankan sesuatu kerja dan tugas," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerapan Budaya Integriti sempena Hari Integriti SKMM Wilayah Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata penekanan dan keseriusan SKMM dalam hal ini bertepatan dengan iltizam kerajaan hari ini untuk memperkasakan nilai-nilai integriti.

Sementara itu Ketua Pejabat SKMM Wilayah Sarawak Roslan Mohamad berkata setiap warga SKMM perlu berintigeriti tinggi kerana maklumat yang disebarkan kepada orang ramai juga perlu berintegriti. - BERNAMA
Warga SKMM Diseru 100 Peratus Berintegriti Warga SKMM Diseru 100 Peratus Berintegriti Reviewed by uMieySurianie on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.