Seo Services

Kisah Menyentuh Hati Seorang Guru dan Anak Dyslexia

Sungguh manis menggunakan ngepan dan bersedia untuk menari tarian ngajat ini Mary namanya.

Semalam upload gambar berdua. Dia tahun 6. Calon Berkeperluan Khas (CBK) sekolah saya. Manis, lemah lembut, pemalu, sangat kurang keyakinan diri dan suara nya lemak mendayu2. Dulu kelas saya. Kelas Pemulihan Khas. Dia berpindah ke sekolah saya semasa dia berada di Tahun 2. Hari pertama dia di masukkan ke kelas Perintis(nama kelas saya) saya bagi dia kertas kosong dan pensel. Saya suruh tulis nama. Dia tulis rakaj ryam dan menulis dari kanan ke kiri. Saya hanya tersenyum dan dia ikut senyum sama. Manis. Masih segar dlm ingatan. Dia ada kisah di sebaliknya, jadi saya sayu memandang wajah manisnya. Bila saya tulis Mary anak Jakar dan menyuruh dia menyalin nama itu sekali lagi, dia tak tahu pun itu namanya. Kesiannnn....jadi bulan2 pertama kami bersama adalah untuk membetulkan cara menulis. Dia murid yg gigih. Jarang sekali dia tak hantar kerja. Akhirnya dari menulis terbalik, n dan m salah, u dan n, b dan d, p dan q yang tertukar. Dari no yg 9 akan ditulis huruf a, terbalik merata2, dan juga hanya mengenal 0-9 belajar. Kami mengharungi dengan susah payah.

Saya memang guru yang garang tetapi berjiwa lembut. Saya marah, dia menangis, saya melawak dia tak ketawa pun. Senyum manis sahaja. Saya gunakan ton suara rendah, dia lagi rendah. Beberapa kali juga lah saya nak beli mikrofon untuk dia.(nada lawak tapi tegas) bila saya gunakan ton suara tegas dan garang, dia menangis dan jari jemarinya mengeletar. Saya jadi rapuh. Dia budak yg baik. Tolong sapu kelas, susun buku cerita, susun meja saya dan buat apa sahaja kerja kecil yg saya suruh buat. Pesan saya "kamu perlu pandai berdikari. Tak selamanya nenek kamu ada untuk kamu". Pada usia 10 tahun saya latih a.k.a paksa dia dan rakan2nya menghafal sifir 1 hingga 9.

Dalam tempoh beberapa bulan dia menguasai nya. Pantas. Sehingga dia sendiri meminta utk menghafal sifir 10 hingga 12. Tahun 2013 saya anugerahkan dia murid hafalan sifir terbaik kelas Perintis. Saya masih ingat lagi susah payah dia menghafal sifir. Setiap pagi mereka perlu berbaris d tepi saya untuk menghafal sifir. Bila tiba gilirannya saya dpt lihat matanya memandang siling, mulutnya menghafal. Jika ada kesilapan, dengan satu jelingan saya dia akan gugup dan menelan liurnya dengan payah tetapi secara automatik dia dapat mengingat jawapan yg betul. Mungkin kerana dia takut akan saya. Saya tak pernah bertanya.(mungkin saya akan tanya mengapa jika saya berkesempatan).

Saya ingat lagi saat pertama kali dia berjaya mengeja perkataan PENYAPU. Saya tepuk tangan dengan kuat dan membuat aksi gila gila, dia hanya tersenyum manis tetapi tidak berani ketawa. Mungkin kerana saya selalu berpesan "bila belajar jangan bermain, bila bermain kena bersungguh2". Saya masih ingat setiap kali selepas menyiapkan latihan dia akan bertanya "cikgu, boleh tak saya baca buku cerita?".

Saya tak pasti sejak bila dia membaca dengan lancar kerana apa yg pasti adalah dia bermula dengan susah payah. Saya beli buku cerita dengan duit sendiri demi membantu dia dan kawan kawannya yg lain cepat belajar. Dia rajin meminjam dan membawa balik buku cerita saya. (Bukan nak menunjuk tapi saya cerita berdasarkan kenyataan) Sepanjang mengajarnya saya tak dapat kira banyak kali dia menangis kerana takut, gagal dan melanggar beberapa peraturan kelas kami. Banyak kali. Tetapi dia tetap dtg ke sekolah dan gembira untuk masuk ke kelas.

Dia pernah di marahi kerana tidak membawa kerja rumahnya ke sekolah. Dia sangat jarang berbuat demikian. Dan saya masih ingat lagi ketika saya ajukan soalan mengapa?. Dia menjawab "kemari aunty saya suruh saya ngempan daun cangkuk" hampir tidak kedengaran suaranya. Saya yg merasakan jawapan tidak menjawab persoalan pun diam dan menarik nafas. Atas alasan apa pun saya tak pasti. Tapi wajahnya pada ketika itu yang membuatkan saya teringat skrip nya itu sehingga kini.

Akhirnya bila tiba masa saya kembalikan dia ke kelas perdana kerana dia berjaya mengharungi kesukaran peringkat pembelajarannya. Saya panggil dia ke kelas perintis dan menyerahkan fail kerja dan fail alat tulis. Dia keluar dengan muka tertanya-tanya. Saya sangkakan berakhir di situ, rupa rupanya dia patah balik. Mengetuk pintu dan menunggu arahan masuk. Bila sampai di depan saya dia bertanya "cikgu hendak ke mana?". Saya terkejut sebab saya tidak kemana2. Saya pegang bahunya, saya suruh dia duduk. "Cikgu tidak ke mana2 pun Mary. Cikgu ada lagi di sini. Sekarang kamu sudah pandai, kamu perlu keluar dari kelas kita dan bersama yg lain." Riak wajahnya terkejut kerana keyakinan dirinya sangat rendah. Dia mula menangis. Saya pun panik. Saya tak rasa salah apa yg saya katakan sebentar tadi.

"Kenapa menangis? Cikgu bukan tak nak kamu lagi, kamu perlu belajar di kelas kamu. Tidak selamanya kamu dengan cikgu. Kamu sudah pandai baca. Bukankah kamu seronok? Udah gik nyabak nya. Buruk muka kamu nangis. Nanti kalau kamu ada masalah, kamu datang jumpa cikgu. Kalau kamu mahu baca buku cerita kamu ambil sahaja dalam kelas cikgu. Cikgu masih ada di semukoi" dia senyum. Manis. Saya memang memuja senyumannya dari dulu. "Sekarang kamu boleh balik ke kelas kamu, kita peluk dulu"saya peluk dia. Dia kaku. Terkejut. Cikgu dia garang, sadis, dan kejam kalau bab belajar tetiba peluk dia. Mana tak kaku budak tu. Selepas itu saya sentiasa mengikuti perkembangan dia dalam diam. Saya percaya 100% pada cikgu cikgu yang lain. Saya serahkan tugas dan tanggungjawab saya dengan sepenuhnya kepada rakan2 guru yg lain.

Petang sebelum UPSR, saya terserempak dengan dia di perjalanan pulang. Semasa itu saya sudah di dalam kereta. Dia senyum. Manis. Saya kecairan dengan senyumannya. Dia melambai.

"Cigu"katanya. Saya keluar dari kereta dan memanggilnya. Bersama kawan karibnya Juita dia pergi ke arah saya. "Esok kamu ujian kan?" Dia angguk. "Kamu duduk d kelas lain tau. Tak bersama kawan kawan yang lain" dia angguk. "Buat betul2 tau, cikgu tidak ada d sekolah. Cikgu jaga upsr d sekolah lain. Kamu jangan takut. Jangan risau. Baca arahan berulangkali. Ingat cikgu marah kalau malas baca arahan"(itu ayat2 dlm kelas perintis yg dia boleh rakam kerana hampir setiap hari saya ulang kepada dia dan kawan kawannya yg lain). Dia mengangguk. "Kalau esok kertas Bm ingat apa yg cikgu Mus ajar kamu. Ingat setiap arahan dia seperti kamu ingat arahan cikgu dulu. Faham?". Dia angguk lagi. "Kamu boleh lakukannya tau." Lagi2 dia angguk je. (Memang itu lah keadaan bila jadi guru pemulihan. Kena sabar dengan anggukkan dan gelengan). "Ok, cikgu mahu balik. Mari cikgu peluk kamu." Saya peluk dia. Kaku. Tiap kali saya peluk. Dia kaku. Saya tak pasti mengapa. Saya gosok2 belakangnya dan dia pun gosok2 belakang saya. "Pukul sikit2 bagi lega belakang cikgu"saya melawak. Dia gembira. Ketawa dan memukul2 belakang saya seperti arahan. Sebelum saya beredar saya sempat pesan "good luck Mary, kamu boleh lakukannya". Saya cium pipinya. Dia gembira. Senyum dan melambai2. Tetiba hati saya sayu.

Hari ini dia hadiahkan kami keputusan UPSR yang mengejutkan. A untuk kertas BM penulisan. Air mata saya menakung saat saya tengok wajahnya. Saya panggil dia, saya peluk dia. Dia kaku seperti biasa. Hehehe....saya menangis di depannya. Saya bangga dengannya. Saya tak pernah rasa seseronok ini semenjak bergelar guru pemulihan. Kerana saya rasakan saya kerdil di sisi rakan2 guru yg lain.

Walaupun ada kertas yg gagal dan dia tidak dapat lulus penuh,1A Itu sungguh besar maknanya bagi saya dan rakan2 guru yg lain. Tahniah anakku, kamu berjaya mengharunginya. Kamu buktikan kamu juga seperti yg lain. Keep it up anakku. Kamu menjadikan cikgu rasa "BONGKAK" seketika. Cikgu akan tetap mendoakan setiap kebaikkan untuk kamu. Untuk kawan2 mu jua. Untuk anak2 murid cikgu yang lain juga. Semoga kamu menjadi PERINTIS kepada murid2 kelas PERINTIS yang lainnya. Cikgu sayang anak2 cikgu walaupun nakal, kaku, "bisu" dan apa2 sahajalah. I dont care huhuhu. Terima kasih kerana berusaha sehabis baik kamu. Tuhan memberkati susah payah mu.

Cikgu tidak akan berhenti mendoakan yg terbaik untuk kamu dan rakan2 yang lainnya. Terima kasih kepada rakan2 guru. Terima kasih tak terhingga. Tanpa kalian dia tak akan sampai d tahap itu. Terima kasih terima kasih terima kasih. Saya hanyalah bahagian paling kecil d dalam kejayaan ini. Tetapi saya akan meraikan kejayaan itu sehingga saya nyanyuk. Kihkihkih....Good luck Mary. Good luck anakku. U can do it. Yes u can. I believe u can fly. # pssssttt di bawah adalah gambar Mary, saya dan cikgu BM dia. Cikgu Musnaili Hamdan yg berjaya mengajar dan menjadikan Mary salah seorang dari pemegang gred A untuk BM penulisan. Tahniah...kitak memang best.

Tulisan ini adalah dari kisah cikgu Roselind Jawie yang digarap di ruang Fb. Boleh menjadi inspirasi kita semua.

Terima kasih Cikgu Roselind.
Sk Semukoi.

Kisah ini kami paparkan tanpa sebarang suntingan dari Facebook Bila Cikgu Emmet Menulis
Kisah Menyentuh Hati Seorang Guru dan Anak Dyslexia Kisah Menyentuh Hati Seorang Guru dan Anak Dyslexia Reviewed by Admin on November 18, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. Tahniah!! Sesungguhnya cikgu cikgu akan tetap menjadi obor dan permata yang tak ternilai kilauannya...Semoga Mary juga akan terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. Terharu saya di awal pagi selepas membaca kisah ini. Semoga Mary terus berjaya

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu Roselind...semoga cikgu jd inspirasi dan contoh kpd guru2 lain dlm mendidik anak bangsa kita.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.