Seo Services

Lelaki Cuba Terjun Hotel Di Karamunsing


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat lima sebuah hotel dekat sini, dapat diselamatkan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 40-an itu duduk di luar bangunan sebuah hotel di Karamunsing sejak jam 7.30 pagi menyebabkan berlaku suasana panik dalam kalangan orang ramai.

Ketua Zon 1 Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Hamsa Isnurdinu, berkatasejurus menerima panggilan, seramai 32 anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan memujuk lelaki terbabit.

Sepanjang operasi, katanya, lelaki berkenaan bertindak agak agresif.

"Kita membuat strategi di tingkat atas dan bawah selain menggunakan teknik memujuk. Kita juga gunakan tali untuk menangkapnya. 

"Bomba akhirnya berjaya menyelamatkan lelaki terbabit pada jam 9.07 pagi selepas menarik kaki dan tangannya yang ketika itu cuba bertindak agresif untuk terjun," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis masih menyiasat identiti lelaki berkenaan. -BH


Lelaki Cuba Terjun Hotel Di Karamunsing Lelaki Cuba Terjun Hotel Di Karamunsing Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.