Seo Services

Teks Perjanjian TPPA Akan Dihebahkan


KUALA LUMPUR – Teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam melalui portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata beliau akan mengeluarkan satu kenyataan penuh petang ini bagi mengumumkan perkara tersebut untuk pengetahuan orang ramai.

“Teks ini panjang, mengandungi 30 bab, dan ini akan dihebahkan kerana ia telah dibangkitkan oleh beberapa anggota Parlimen di dewan ini supaya perkara ini dihebahkan, dan kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari
ini.

Mustapa berkata teks perjanjian itu juga diserahkan kepada dua pihak iaitu PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang sedang membuat kajian Analisis Kos Faedah Perkongsian.

Kajian tersebut katanya dijangka siap dalam tempoh antara dua dan tiga minggu lagi.

“Seperti yang dijanjikan kerajaan, teks perjanjian TPPA ini akan dibincang, dibahas dan dibuat keputusan dalam Parlimen.

“Sehingga kini, kita belum berbincang secara rasmi dengan pihak Speaker, mungkin bulan Januari atau awal Februari tahun depan, tertakluk kepada kelulusan Speaker,” kata Mustapa.

Sebanyak 12 negara menyertai perjanjian TPPA iaitu Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada dan Malaysia.

Kesemua negara yang terlibat dalam perjanjian itu mempunyai 800 juta penduduk, dan menyumbang 40 peratus kepada pengeluaran dunia. – BERNAMA
Teks Perjanjian TPPA Akan Dihebahkan Teks Perjanjian TPPA Akan Dihebahkan Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.