Seo Services

Lelaki Mabuk Mengamuk Guna Senapang Patah Ditahan


KUCHING: Seorang lelaki mabuk ditahan selepas dia didakwa mengancam dua beradik dengan senapang patah dalam satu insiden pergaduhan di Kampung Siol Kandis pada malam Rabu, lepas.

Suspek berusia 51 tahun itu pada mulanya dikatakan mengamuk di hadapan rumahnya jam 11 malam dan menjerit dengan kata-kata kesat kepada dua adik-beradik, yang sedang dalam perjalanan menggunakan motosikal ke rumah ibu bapa mereka.

Ekoran insiden itu, dua beradik yang masing-masing berusia 30-an itu berhenti dan bersemuka dengan lelaki terbabit.

Namun pergaduhan itu tidak berpanjangan kerana dua beradik itu terpaksa lari menyelamatkan diri apabila suspek mengeluar senapang patah dari but keretanya sambil menunjuk senjata berkenaan dan mengancam menembak seluruh keluarga dua beradik terbabit.

Kejadian itu terus tersebar kepada penduduk dan membawa polis ke tempat kejadian.

Anggota polis kemudian berjaya menahan suspek tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan merampas senapang patah serta sembilan katrij dari rumahnya.

Sementara itu seorang rakan kepada dua beradik berkenaan memberitahu beberapa jiran lain mendakwa mendengar bunyi tembakan semasa awal insiden dan percaya suspek mungkin melepaskan tembakan ke udara.

Suspek kini ditahan di lokap sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.-UB
Lelaki Mabuk Mengamuk Guna Senapang Patah Ditahan Lelaki Mabuk Mengamuk Guna Senapang Patah Ditahan Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.