KUALA LUMPUR: Susulan insiden serangan maut di Paris, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini menggesa golongan belia di Asia Tenggara supaya menjadi contoh dengan secara bersama-sama menolak keganasan dan ekstremisme.
Dalam mendepani cabaran itu, katanya, golongan muda di rantau ini perlu mengadakan lebih banyak dialog antara agama ke arah memupuk toleransi dan menghormati perbezaan budaya.
"Banyak daripada kita berfikir tentang serangan di Paris dan mengenai visi teruk mereka yang melakukan serangan itu. Dan anda berbeza, dengan golongan muda yang hadir di sini, yang membina jalinan dan membantu antara satu sama lain.
"Jadilah contoh yang bukan sahaja menolak keganasan dan ekstremisme tetapi mengadakan dialog antara agama, menggalakkan toleransi dan menghargai kebudayaan dan visi di antara satu sama lain," katanya.
Obama, yang tiba di Malaysia Jumaaat untuk menghadiri mesyuarat berkaitan ASEAN, berkata demikian pada sesi town hall dengan golongan muda di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, dekat sini.
-- BNERNAMA
Obama Gesa Belia Di Rantau Ini Tolak Keganasan, Ekstremisme
Reviewed by Unknown
on
November 20, 2015
Rating:
No comments: