Seo Services

Padah Ugut Tembak Rakan


SIBU: Padah akibat mabuk dan mengugut rakan sendiri menggunakan senapang angin dan parang, seorang lelaki berusia seawal 30 tahun ditahan oleh pihak polis petang semalam.

Pihak polis turut merampas senapang angin dan parang yang dimiliki oleh saspek. Rakan saspek yang diugut oleh saspek telah tampil membuat satu laporan polis pagi semalam di Balai Polis Sentral.Saspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut kerana memiliki senapang angin. 

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi yang dihubungi semalam mengesahkan mengenai penahanan saspek.

"Betul. Saspek akan ditahan reman. Beberapa tangkapan pernah dibuat oleh polis atas kesalahan memiliki senapang angin. "Membuat atau memiliki senapang angin adalag satu kesalahan. "Jika ada memiliki, serahkan kepada pihak polis," katanya.-UtusanSarawak
Padah Ugut Tembak Rakan Padah Ugut Tembak Rakan Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.