Seo Services

Rayani Air Terima Banyak Pandangan Positif Dari Netizen


KUALA LUMPUR - Meskipun belum beroperasi sepenuhnya, syarikat penerbangan baharu negara, Rayani Air telah banyak menerima pandangan positif dari pelbagai pihak.

Berdasarkan komen-komen netizen menerusi laman-laman sosial, kelihatan ramai netizen begitu menyenangi prinsip syarikat penerbangan tersebut yang memenuhi patuh syariah dalam operasinya.

Rayan Air menggunakan prinsip Islamik dimana mereka tidak menghidangkan alkohol di dalam pesawat, bahkan pramugari beragama Islam yang berkerja di syarikat berkenaan wajib menutup aurat manakala krew yang bukan beragama Islam mestilah berpakaian sopan.

Ini jelas menunjukkan langkah yang diambil syarikat berkenaan disifatkan sebagai permulaan kepada pelaksanaan peraturan patuh syariah yang lebih menyeluruh di masa hadapan.

Operasi mereka bakal dimulakan bulan ini yang berpangkalan di Langkawi dengan menjadikan empat lokasi sebagai destinasi iaitu Kota Bharu, Kuching, KLIA2, dan Kota Kinabalu.-Sarawakiana
Rayani Air Terima Banyak Pandangan Positif Dari Netizen Rayani Air Terima Banyak Pandangan Positif Dari Netizen Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.