Seo Services

Polis tahan dua lelaki terlibat kes tembak, rampas pistol dan peluru

GEORGETOWN 11 Nov. - Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini pada 8 Okt lepas selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu sebuah rumah di Jawi, Nibong Tebal dekat sini pada pukul 2.30 pagi 3 Nov lepas dan menahan sepasang kekasih berusia 26 dan 35 tahun.

“Ekoran penahanan pasangan kekasih itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan berkenaan yang disembunyikan dalam sebuah pondok di Bukit Mertajam bagi mengelak dikesan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya dan ekoran itu lelaki yang bekerja di kilang perabot mengalami kecederaan di leher, bahu dan pipi. - BERNAMA
Polis tahan dua lelaki terlibat kes tembak, rampas pistol dan peluru Polis tahan dua lelaki terlibat kes tembak, rampas pistol dan peluru Reviewed by Admin on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.