KUCHING: Kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) di Sarawak terutama menjelang Pilihan Raya Negeri tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol berkata meskipun demikian BN tidak mengambil mudah kewujudannya.
Menurutnya, parti itu ditubuhkan oleh sekumpulan ahli politik di Semenanjung Malaysia yang kecewa dan tewas dalam perjuangan masing-masing.
Justeru, para pemimpin parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam politik dan pembangunan rakyat serta negeri ini.
“Warga Sarawak mahu bergerak ke hadapan dalam setiap aspek terutama dalam pembangunan dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem amat teruja ingin merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar
“KM Adenan juga serius memastikan agar pelbagai hasrat Sarawak seperti pengagihan kuasa pentadbiran daripada kerajaan persekutuan dapat dicapai,” ujarnya dalam satu kenyataan apabila diminta mengulas berhubung kehadiran Amanah di Sarawak, semalam.
Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop mengulas lanjut, Amanah tidak tidak mempunyai gambaran kukuh hala tuju politik mereka tetapi masih juga ingin datang ke Sarawak dan memberitahu apa yang patut pemimpin negeri ini lakukan.
Malah, kerjasama mereka dengan DAP bukan satu yang mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini DAP Sarawak mempunyai ‘selera politik’ untuk menerima masuk parti mereka yang tewas dan ditolak rakyat.
“Kita mengalu-alukan kempen politik yang sihat dan beretika dan saya percaya warga Sarawak rasa jijik dan akan menolak ahli politik yang ekstrem dan jahat yang menggalakkan ketegangan kaum, bermusuh-musuhan dan berkonfrontasi.
“Saya amat yakin warga Sarawak akan bertindak matang dan memilih untuk kekal bersatu padu dalam kepelbagaian dan warna-warni budaya dan agama,” ujarnya. - UB
Parti Amanah Negara Tidak Gugat Kedudukan BN Sarawak
Reviewed by uMieySurianie
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: