Seo Services

PDRM, ATM Kerjasama Jamin Keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN - KPN

Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi jaminan tentang keselamatan perwakilan dan pemimpin negara pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 selama lima hari di ibu negara, bermula esok.

Beliau berkata, tahap kesiapsiagaan pasukan polis terus dipertingkat termasuk bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengambil sebarang langkah keselamatan.

"PDRM dan ATM akan bekerjasama dalam memastikan keselamatan semua perwakilan dan pemimpin-pemimpin negara yang akan hadir.

"Kami telah dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat.

Insya-Allah, keadaan keselamatan terjamin," katanya mengulas jaminan keselamatan menjelang persidangan itu esok.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Dalam Negeri yang disempurnakan Timbalan Perdana

Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini, Khalid berkata bilangan anggota yang dikerahkan bertugas juga diyakini mencukupi untuk memastikan keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.

Ditanya mengenai senarai pemimpin negara ini yang menerima ancaman militan IS sepertimana yang dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Ahad lalu, Ketua Polis Negara berkata pasukan keselamatan sentiasa berwaspada berhubung perkara itu.

"IS ini memang semua pemimpin dia ancam. Jadi, kami sentiasa berwaspada," katanya.

Beliau berkata, dalam menghadapi ancaman IS, semua pihak perlu sentiasa bersiap sedia kerana tidak ada negara atau mana-mana pihak yang boleh lari atau mengelak daripada menjadi sasaran kumpulan militan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis belum mengesan atau menerima sebarang laporan berkenaan kewujudan cecair perisa vape mengandungi dadah jenis ganja sepertima yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid hari ini.

Berkenaan laporan bahawa polis tidak mempunyai kuasa menahan pelajar sekolah yang menghisap vape, beliau berkata perbuatan itu hanya diklasifikasikan sebagai menyalahi undang-undang sekiranya bahan cecair yang digunakan termasuk dalam senarai bahan berjadual di bawah Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

PDRM, ATM Kerjasama Jamin Keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN - KPN PDRM, ATM Kerjasama Jamin Keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN - KPN Reviewed by uMieySurianie on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.