Seo Services

Perubatan Dan Rawatan Berkualiti Pada Kadar Rendah Untuk Rakyat


SHAH ALAM : Bajet yang dibentang setiap tahun untuk kesihatan adalah memudahkan rakyat mendapat rawatan kesihatan terbaik dengan kadar murah dan percuma.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam laman Facebook beliau menyatakan bahawa dalam Bajet tahunan yang dibentangkan beberapa tahun ini, kerajaan memastikan bahawa kebajikan pesakit terjamin terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik.

"Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar setiap tahun sebagai bantuan perubatan dan kos pembelian mesin hemodalisis di hospital-hospital kerajaan."

"Saya telah mengambil kesempatan untuk melawat unit Hemodialisis di Hospital ini, yang dapat memanfaatkan 78 pesakit buah pinggang setiap minggu dengan 20 buah mesin hemodialisis yang baru," katanya

Justeru Najib menambah, pesakit hemodialisis kini hanya perlu membayar RM13 untuk setiap sesi di mana-mana Hospital Kerajaan. Caj perkhidmatan swasta pula adalah antara RM200-RM250.

“Kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan perubatan dan rawatan berkualiti pada kadar yang rendah untuk rakyat dan akan meneruskan dasar ini mengikut kemampuan Kerajaan," jelas Najib.

Najib membuat kenyataan tersebut dalam laman Facebook beliau ketika mengadakan lawatan ke Hospital Shah Alam Selangor semalam. - Sarawakiana
Perubatan Dan Rawatan Berkualiti Pada Kadar Rendah Untuk Rakyat Perubatan Dan Rawatan Berkualiti Pada Kadar Rendah Untuk Rakyat Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.