Seo Services

Zarina Anjoulie Didenda RM5,000 Kes Positif Syabu

PELAKON dan model, Zarina Anjoulie (kiri) didenda RM5,000 selepas mengaku salah positif dadah jenis syabu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. - Foto Maria Ulfa Zulkafeli


PETALING JAYA: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah positif dadah jenis syabu, tiga tahun lalu.

Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, 29, menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Mahkamah turut memerintahkan Zarina menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Zarina didakwa positif dadah jenis syabu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan terdapat kandungan dadah dalam air kencing.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, di sini, pada jam 8.10 malam, 30 Disember 2012.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. - BH
Zarina Anjoulie Didenda RM5,000 Kes Positif Syabu Zarina Anjoulie Didenda RM5,000 Kes Positif Syabu Reviewed by uMieySurianie on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.