Seo Services

Peruntukan RM48.6 Juta Bina Kampus INFRA Di Kota Samarahan



KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan peruntukan RM48.6 juta bagi pembinaan kampus latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA) Fasa 1 di Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu Fasa 1(a) untuk skop kerja awalan dan kerja tanah untuk tahun ini dan Fasa 1(b) bagi skop pembinaan bangunan pada 2016-2018.

“Pembinaan dan pemantauan pelaksanaan projek akan dibuat sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Jazlan berkata bagi skop Fasa 1(a), tender kerja awalan dan kerja tanah telah pun ditutup dan sedang dalam peringkat penilaian jawatankuasa Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala Fasa 1(b) berkenaan penyediaan lukisan konsep pembinaan telah disediakan oleh perunding yang dilantik.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 1,166 peserta dalam kalangan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan Samarahan telah menghadiri latihan yang dianjurkan INFRA dari tempoh 2007 hingga 2015.

Antara bidang latihan disediakan termasuk pengurusan dan pentadbiran kampung, pelan tindakan desa, literasi komputer, asas inap desa dan pengurusan kewangan, katanya. — Bernama
Peruntukan RM48.6 Juta Bina Kampus INFRA Di Kota Samarahan Peruntukan RM48.6 Juta Bina Kampus INFRA Di Kota Samarahan Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.