Seo Services

PRN Sarawak : SPR Belanja RM180 Juta


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter, dan perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula.

"Di Sarawak ini memang banyak helikopter diperlukan kerana ada kawasan-kawasan tertentu kita tiada pilihan. Kami perlu menggunakan helikopter dan di sesetengah tempat, helikopter itu kena keluar dari kawasan tersebut sebelum masa tertentu," katanya.

Sejumlah 15,000 kakitangan terlibat dan mereka akan ditempatkan di seluruh negeri semasa PRN kelak, katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini Isnin.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Ahli-ahli Suruhanjaya SPR, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah - Bernama
PRN Sarawak : SPR Belanja RM180 Juta PRN Sarawak : SPR Belanja RM180 Juta Reviewed by Unknown on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.