Seo Services

Produk Skippy Yang Tercemar Dengan Serpihan Logam Tidak Diedarkan Ke Malaysia


KUALA LUMPUR : Produk mentega kacang SKIPPY® Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread yang dipercayai tercemar dengan serpihan logam tidak diedarkan ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Syarikat DKSH yang mengimport dan mengedarkan produk mentega kacang itu di Malaysia mengesahkan bahawa produk sama yang dipanggil balik di Amerika Syarikat, hanya diedarkan ke tujuh negeri di negara itu dan tidak diedarkan ke negara lain termasuk Malaysia.

“Kementerian telah mengambil maklum laporan daripada laman sesawang U.S Food and Drug Administration (USFDA) mengenai nofitikasi pemanggilan balik secara sukarela dan terhad oleh Syarikat Hormel Foods Sales LLC, Amerika Syarikat (US) terhadap sejumlah kumpulan produk mentega kacang mereka SKIPPY® Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread yang dikuatiri tercemar dengan serpihan logam halus.

“Produk berkenaan hanya diedarkan di kawasan Georgia, Virginia, Alabama, North Carolina, South Carolina, Delaware dan Arkansas, US,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kumpulan produk yang terlibat adalah pembungkusan 16.3 ounce jars, ‘Best If Used By’ iaitu DEC1416LR1 dengan UPC code 37600-10500.

Sehubungan itu, katanya sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pengimportan kumpulan produk yang terbabit. – Bernama
Produk Skippy Yang Tercemar Dengan Serpihan Logam Tidak Diedarkan Ke Malaysia Produk Skippy Yang Tercemar Dengan Serpihan Logam Tidak Diedarkan Ke Malaysia Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.