Seo Services

Rampas Jualan Vape Bukan Jalan Penyelesaian - Amer


“Pentingnya Pengusaha Vape mematuhi undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah ditetapkan terutamanya menjual bahan-bahan cecair yang mengandungi nikotin,” kata Amer Hamzah yang juga merupakan pengusaha vape yang berlesen.

Amer Hamzah memulakan perniagaan menjual peralatan Vape ini sejak awal tahun ini dan dikatakan mendapatkan sambutan meluas dari pelanggan bangsa sekitar Bandar Sibu.

Walau bagaimana pun, Amer turut menyokong kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun baru-baru ini yang mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan.

"Membimbing dan mendidik peniaga vape serta pengguna vape dengan cara yang betul seperti memberi panduan mengeluarkan cecair secara dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bukan dengan merampas," Amer memberikan pendapatnya.

Bagi Amer, merampas adalah bukan jalan penyelesaian dan seharus pihak berkuasa perlu memberi panduan dan serta membantu kawal selia.

"Kami pengusaha ini sudah berbelanja besar dan membuat pelaburan dalam perniagaan ini,

"Siapa akan bayar balik ganti rugi?” kata Amer yang merupakan pemililk serta rakan kongsinya Mohd Lokman kedai The Papa Vape antara peniaga bumiputera yang berjaya di Sibu.

Terdahulu, menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Katanya, kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilangkan, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen.
Rampas Jualan Vape Bukan Jalan Penyelesaian - Amer Rampas Jualan Vape Bukan Jalan Penyelesaian - Amer Reviewed by Unknown on November 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.