Seo Services

Rumah Pegawai Penjara Dipecah Masuk

gambar hiasan
KUCHING: Rumah milik seorang pegawai penjara di Taman Cederawasih, Jalan Depo di sini dipecah masuk pencuri dan pelbagai barangan berharga bernilai mencecah RM13,000 dilaporkan hilang.

Menurut sumber, insiden hanya disedari berlaku sekitar jam 7 pagi semalam apabila mangsa yang berusia 40 tahun itu mendapati jeriji dan tingkap dapur rumahnya telah dibuka secara paksa.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak dan beberapa barang berharga turut hilang.

“Antara yang dilaporkan hilang ialah televisyen, komputer riba, kamera digital serta beberapa perkakas elektrik dan sebuah basikal dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM13,000,” kata sumber.

Mangsa kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.-UB
Rumah Pegawai Penjara Dipecah Masuk Rumah Pegawai Penjara Dipecah Masuk Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.