Seo Services

Sarawak Perlu Kemenangan Ke Atas ATM


Sarawak perlu mencipta kemenangan mutlak apabila turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Paroi, Negeri Sembilan Rabu ini.

Jurulatih Sarawak David Usop berkata pemburuan tiga mata penuh menjadi misi pasukannya sambil menganggap perlawanan berkenaan menjadi penentu peluang pasukannya untuk melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala Malaysia.

"Kami harus menggunakan peluang untuk mengutip tiga mata penuh kerana saingan untuk slot ke suku akhir dalam Kumpulan B masih terbuka luas antara Johor Darul Takzim (JDT), Sarawak dan Perak," kata David ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya, sekiranya Perak berjaya menewaskan JDT dalam perlawanan Rabu ini maka saingan untuk merebut dua tempat ke suku akhir akan kembali terbuka luas kerana Perak akan berdepan ATM dalam perlawanan terakhir manakala Sarawak berdepan JDT dalam perlawanan di tempat lawan.

Mengenai peluang pasukannya menentang ATM, David berkata keupayaan pasukan lawan tidak boleh diambil mudah kerana walaupun pernah menundukkannya 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama kumpulan, namun ATM memiliki kekuatan sendiri.

"Kami perlu bermain bersungguh-sungguh dan memberi persembahan 100 peratus untuk mendapatkan kemenangan ke atas ATM nanti," tambah beliau.

David berkata pasukan Sarawak telah membuat persiapan dan akan menurunkan barisan terbaik pada Rabu memandangkan semua pemainnya bebas daripada kecederaan dan hukuman gantung perlawanan.

"Saya berharap dalam masa dua hari akan datang semua pemain akan berada di tahap kecergasan terbaik dan tiada sebarang kecederaan," katanya.

Sarawak sebelum ini menang 1-0 ke atas ATM, seri dengan Perak dalam pusingan pertama, menang 1-0 ke atas Perak dalam perlawanan pusingan kedua tetapi tewas 3-0 kepada JDT.

-- BERNAMA
Sarawak Perlu Kemenangan Ke Atas ATM Sarawak Perlu Kemenangan Ke Atas ATM Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.