Seo Services

Sebanyak 22 Kempen Keselamatan Stesen Minyak Dianjurkan Setakat Oktober Tahun Ini


KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan 22 kempen kesedaran keselamatan untuk stesen minyak di seluruh negara setakat Oktober tahun ini.

Pada tahun lepas ia menganjurkan 21 kempen berkenaan untuk menekankan kepentingan keselamatan orang awam semasa mengunjungi stesen minyak.

Menurut Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak, Abd Hafidz A Salim, sebanyak 3,603 stesen minyak di seluruh negara kini menjadi tumpuan orang ramai .

Selain daripada mengisi minyak, orang ramai datang membeli barangan keperluan di dalam kedai serbaneka di stesen minyak, mendapatkan perkhidmatan kaunter pembayaran setempat serta kemudahan mesin teler automatik dan lain-lain, katanya semasa mewakili Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Ho menutup kempen keselamatan untuk pengendali stesen minyak di sini hari ini.

Oleh itu beliau berkata kesemua stesen termasuk 236 di negeri ini patut memastikan keseluruhan aspek keselamatan termasuk daripada risiko kebakaran, ragut dan curi kereta.

"Tidak boleh ada kelompangan dalam isu keselamatan.

Sediakan kamera litar tertutup dan pemadam api secukupnya sementara kemudahan awam seperti tandas mestilah bersih dan dijaga dengan baik," katanya.

--BERNAMA
Sebanyak 22 Kempen Keselamatan Stesen Minyak Dianjurkan Setakat Oktober Tahun Ini Sebanyak 22 Kempen Keselamatan Stesen Minyak Dianjurkan Setakat Oktober Tahun Ini Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.