Seo Services

Pasangan Remaja ‘Kantoi’ Aksi Terlarang


SIBU: Padah mengajak anak gadis orang tanpa kebenaran ibu bapa dan menyelinap keluar jauh malam demi memuaskan nafsu, remaja lelaki berusia 20 tahun terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM10,000.

Dalam kejadian itu, seorang gadis berusia 18 tahun menerima pelawaan teman lelaki baharu dikenalinya dua hari melalui Facebook untuk keluar malam.

Pada pertemuan pertama kali jam 11 malam hingga 2 pagi, lelaki itu mengakui mengadakan hubungan seks dan keesokan harinya, dia sekali lagi menjemput gadis berkenaan pada jam 2.30 sehingga jam 5.30 pagi.

Difahamkan, lelaki berkenaan membawa gadis tersebut ke rumahnya dan mengadakan hubungan seks.

Setelah selesai, gadis itu kemudian dihantar ke sebuah rumah kedai sebelum berjalan kaki tidak jauh daripada kediamannya.

Bagaimanapun, pada hari kedua pertemuan, kepulangan gadis itu telah disambut oleh ibu bapanya yang sedia menunggu di luar rumah.

Kemunculan ibu bapa gadis menyebabkan lelaki itu beredar tergesa-gesa.

Tidak lama kemudian, pasukan polis peronda yang kebetulan melalui kawasan berkenaan telah berhenti depan rumah dan ayah mangsa meminta bantuan memanggil kekasih anaknya berpatah balik untuk berbincang.

Lelaki berkenaan datang bersama ibunya termasuk ibu bapa gadis berkenaan ke Balai Polis Sentral mencari jalan penyelesaian.

Dan, kata sepakat memutuskan kedua-dua pihak bersetuju lelaki berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 dan dibayar secara ansuran RM2,000 sebulan sehingga selesai.

Surat perjanjian berkaitan pembayaran secara ansuran kemudian dibuat dan ditandatangani kedua-dua pihak di balai polis kemudian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika diminta mengulas memberitahu kes itu berjaya diselesaikan dan kedua-dua pihak setuju dengan jalan penyelesaian.

Beliau menasihatkan remaja perempuan supaya tidak mudah dipengaruhi orang yang tidak dikenali melalui laman sesawang.

“Golongan perempuan terutamanya generasi muda dinasihat agar lebih berhati-hati ketika mencari kenalan di laman sosial kerana orang yang dikenali dalam alam maya mungkin mempunyai tujuan tidak baik,” jelasnya.-UB
Pasangan Remaja ‘Kantoi’ Aksi Terlarang Pasangan Remaja ‘Kantoi’ Aksi Terlarang Reviewed by Unknown on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.