KUCHING: Dua lelaki warga asing berperwatakan wanita merupakan antara enam yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di pusat komersial di Jalan Tun Jugah, kelmarin.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan bersama wang tunai sekitar RM5,000, kondom serta cecair pelincir dalam operasi yang dilancarkan pihak polis sekitar jam 11.45 malam.
Difahamkan, beberapa anggota polis menyamar sebagai pelanggan sebelum dimaklumkan oleh seorang wanita warga tempatan yang mengaku penjaga di premis tersebut bahawa mereka turut menawarkan perkhidmatan ‘istimewa.’
“Mereka (polis) kemudian terus melakukan serbuan dan berjaya menahan enam warga asing iaitu empat wanita dan dua lelaki serta turut merampas beberapa botol cecair pelincir, kondom serta wang tunai.
“Kesemua suspek yang dipercayai warga Thailand dan Vietnam itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” kata sumber.
Manakala wanita warga tempatan yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai penjaga di premis tersebut turut ditahan untuk membantu siasatan.-UB
Dua Pondan Warga Asing Antara Enam Ditahan
Reviewed by Unknown
on
November 12, 2015
Rating:
No comments: