Seo Services

Serangan Paris: Perancis buru Salah Abdeslam

PARIS - PERANCIS. Pihak berkuasa Perancis mengedarkan maklumat terbaru suspek anggota militan IS yang terlibat dalam serangan di Paris, kelmarin.

Salah Abdeslam, 26, dinamakan sebagai suspek utama didakwa menyewa sebuah kereta yang dijumpai berdekatan ruang konsert Bataclan, lokasi 89 mangsa serangan dibunuh.

Sebuah senjata automatik jenis Kalashnikov ditemui dalam kereta tersebut.

Laporan BBC mengatakan Salah telah ditahan polis di sempadan Belgia namun dilepaskan selepas soal-siasat.

Pihak berkuasa memberitahu Salah adalah individu merbahaya dan memberi amaran supaya orang awam tidak membantunya.

Difahamkan, dua lagi adik-beradik salah dikaitkan dalam kejadian serangan Paris tersebut.

Abangnya, Mohammed dilaporkan ditahan di Brussels dan kini ditahan reman.

Setakat ini, pihak berkuasa sudah menahan tujuh orang suspek.

Menteri Dalam Negeri Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa serangan di Paris telah dirancang 'beberapa individu di Belgium yang mempunyai rakan di Perancis'.

Perdana Menteri Belgium, Charles Michel pula berjanji pihak berkuasanya akan menyerbu Molenbeek, sebuah lokasi didakwa persembunyian militan.

Salah seorang suspek serangan, Bilal Hadfi yang berasal dari Belgium maut dalam serangan di Stade de France selepas meletupkan dirinya.

Warga Perancis, Ismail Omar Mostefai, 29 pula meletupkan dirinya di Bataclan. Beliau mempunyai rekod jenayah dan diklasifikasikan sebagai pengganas oleh perisik Perancis.

Pihak berkuasa Perancis juga masih mencari pemilik pasport milik seorang warga Syria yang ditemui di Stade de France.- SH
Serangan Paris: Perancis buru Salah Abdeslam Serangan Paris: Perancis buru Salah Abdeslam Reviewed by Admin on November 16, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. pelik, yg disyaki mesti orang islam, tidakkah mereka tahu warga yahudi juga bubuh nama ala2 islam,

    pelik, kalau dah disyaki ..kenapa dilepaskan , kenapa tdk tahan terus.
    dan pelik, pengganas sengaja meninggalkan kesan setelah melakukan , sengaja meninggalkan kereta yg digunakan, sengaja supaya dikenali ,

    ini semua lawak, serupa dengan kes WTC ,

    ReplyDelete
  2. Betul.rancangan yg rapi untuk fitnah yg besar bg umat Islam gara2 kerana mossad ingin alihkn kes pesawat russia yg terhempas.Jgn percy dgn isu IS kononny militan islam.padahal iany ciptaan yahudi.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.