Seo Services

Serikin Sebagai Syurga Membeli Belah




Serikin yang terletak berhampiran sempadan Indonesia memang dikenali sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia dan Indonesia. Berbagai jenis barang jualan boleh didapati di Serikin.

Bagi peniaga, hujung minggu di Serikin adalah lubok rezeki bagi warga Malaysia mahupun Indonesia. Aktiviti perniagaan semakin menggalakan dengan kecenderungan para pelancong dari Malaysia dan Indonesia mula membanjiri Serikin.

Kebanyakan barang jualan adalah hasil barangan dari Indonesia yang terdiri dari pakaian, barang dapur, makanan dan kraftangan. Keunikan kraftangan menjadi tumpuan pengunjung yang membanjiri Serikin.

Menurut Puan Aisyah yang berasal dari Indonesia, Serikin telah memberi peluang beliau memasarkan hasil dari Indonesia,hujung minggu sebegini adalah kesempatan untuk meningkatkan jualan serta pendapatan beliau.

"Saya bersyukur dapat berniaga di Serikin kerana di sini hasilnya lumayan buat peniaga macam saya. Keramahan orang Malaysia khususnya Sarawak membuatkan saya terasa teruja kerana mereka begitu menghormati peniaga Indonesia seperti saya".

"Malah ada yang sanggup membeli borong barangan saya dan menjadi pelanggan tetap bagi mendapatkan barang yang diperlukan. Senang berurus niaga dengan warga Malaysia" katanya.

Seorang pelancong dari Melaka yang datang untuk Majlis Konvokesyen anak beliau di UNIMAS ditemui Sarawakiana ketika membeli belah di Serikin menyatakan, Serikin adalah segala-galanya bagi yang gemar membeli-belah, kerana barangan yang dijual di Serikin mempunyai keunikan yang tersendiri.

Beliau yang turut kagum dengan perperaduan kaum di Sarawak berkata, "Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke Sarawak dan Serikin khasnya. Sebelum ini saya sering mendengar keindahan Sarawak dan keramahan masyarakatnya. Terbukti memang benar kata-kata rakan saya yang pernah datang ke Sarawak bahawa rakyat Sarawak memang mencintai perpaduan dan suka bekerjasama".

"Memang jelas rakyat Sarawak suka bekerjasama antara kaum dan satu sama lain. Lihat sahaja di Serikin, rakyat peniaga Sarawak saling bantu membantu dan bekerjasama dengan peniaga dari Indonesia. Seolah-olah mereka tidak mempunyai batasan yang memisahkan negara, Umpama satu keluarga tanpa mengira kaum dan agama," tambahnya.

Inilah perbatasan antara Malaysia dan Indonesia
Adalah menjadi amalan rakyat Sarawak dan Indonesia sering bekerjasama di antara mereka. Hidup bagaikan satu keluarga yang telah terjalin sejak sekian lama. Walaupun dipisah oleh sempadan, namun mereka adalah dari kaum yang sama dan masih satu tanah, iaitu Borneo.

Selain dikenali sebagai syurga beli-belah di Sarawak, keharmonian kaum antara penduduk perbatasan Malaysia - Indonesia disekitar Serikin yang telah menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi setempat.- Sarawakiana
Serikin Sebagai Syurga Membeli Belah Serikin Sebagai Syurga Membeli Belah Reviewed by Admin on November 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.