Penggemar kopi pasti tidak akan melepas peluang untuk menikmati secawan kopi dalam kehidupan harian. Berbagai jenama kopi yang berada di Pasaran telah menarik minat penggemar kopi tegar. Namun tahukah anda kopinyang paling mahal dan paling sedap?
Kopi yang mahal bukan datang dari proses mengadunan kopi cara tradisional atau terkini. Kopi yang mahal datang daripada kopi luak. Mungkin ramainyang tidak mengetahui apa sebenarnya kopi luak.
Kopi luak sebenarnya adalah kopi yang melalui proses penghadaman haiwan. Kebanyakan haiwan yang sering menghadam biji kopi ialah musang dan tupai. Biji-biji kopi ini akan dimakan oleh musang dan tupai sebanyak yang mungkin sehingga ia mengeluarkan kembali biji-biji kopi yang telah dimakan.
Musang dan tupai ini memilih hanya biji kopi yang elok sahaja yang menjadi makanan. Setelah memakan seberapa banyak, ia kan dikeluarkan melalui saluran najis dan biji kopi tersebut akan ikut keluar. Dari najis binatang ini, proses pengasingan dan pemprosesan akan dilakukan bagi memastikan biji-biji kopi luak ini terjamin kebersihannya.
Biji-biji kopi luak yang telah diproses pengasingan dan pembersihan akan dijemur dalam masa singkat. Setelah kering biji kopi tersebut akan dikisar dan akan dibungkus untuk dipasarkan.
Memang terbukti biji kopi yang telah melalui penghadaman binatang telah menjadi kopi yang paling mahal di dunia. Hanya dengan penghadaman binatang, biji kopi tersebut telah dinaik taraf sebagai kopi termahal.
Tahukah Anda Kopi Yang Termahal Dan Paling Sedap?
Reviewed by Unknown
on
November 04, 2015
Rating:
makasih gan infonya.
ReplyDelete